Sabtu, 4 Julai 2009

JAWAPAN MERINGKAS KARANGAN DAN PEMAHAMAN (1)

Bahagian (i)

Antara punca berlaku kepupusan haiwan di dunia ini
adalah kerana berlakunya perubahan iklim dan cuaca
yang tidak menentu(tidak stabil) di seluruh dunia.
Selain itu, berlaku juga penebangan(penerokaan)
hutan yang tidak dirancang(tidak sistematik).
Tambahan pula, terdapat penebangan(penerokaan) hutan
yang berterusan(berleluasa). Di samping itu, terdapat
juga aktiviti (kegiatan)pemburuan haram untuk memperoleh
daging haiwan serta organ-organ haiwan yang dapat memberi
keuntungan lumayan (berlipat ganda)kepada pemburu haram.
Akhirnya, terdapat segelintir manusia yang mengetepikan
rasa belas kasihan (hilang rasa keperimanusiaan)terhadap
haiwan.
(75 patah perkataan)

Perhatian: Ayat/frasa di dalam kurungan ialah cadangan perkataan seerti.

Bahagian A(ii)

1. Apakah maksud frasa satu alternatif yang terdapat dalam petikan
di atas?(2 m)

Maksud frasa satu alternatif ialah pilihan lain.

2. Nyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk
menyelamatkan spesies haiwan daripada terus mengalami
kepupusan.(4 m)

Antara langkah yang telah diambil untuk menyelamatkan
spesies haiwan daripada terus mengalami kepupusan
adalah dengan mewartakan kawasan tertentu dan membina
pusat kajian.

Jawapan lain
* Membina zoo
* Kerjasama masyarakat dunia secara berterusan-cari dan
kenal pasti cara

3. Berikan pendapat anda cara untuk memberi kesedaran kepada
manusia sejagat tentang kepentingan mempertahankan warisan
alam ini daripada terus mengalami kepupusan. (4 m)

Pada pendapat saya kita harus mengadakan kempen kesedaran
tentang kepentingan mempertahankan haiwan ini secara
besar-besaran danmenghukum pemburu haram dengan hukuman yang
berat bagi mencegah jenayah ini daripada terus berlarutan.

* Mana-mana pendapat lain yang difikirkan sesuai

1 ulasan:

  1. karangan fakta kesan-kesan negatif yang timbul akibat daripada menonton video.

    BalasPadam