Isnin, 20 Julai 2009

CONTOH 9-KARANGAN PENDAPAT

Kebelakangan ini, kemerosotan mutu sukan negara sering diperkatakan. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini.

Kebelakangan ini, kemerosotan mutu sukan negara sering menjadi tajuk berita dalam media massa. Kemerosotan mutu sukan negara amat ketara dalam sukan permainan dan juga olahraga. Hal ini dapat dilihat apabila pasukan bola sepak Malaysia kecundang dalam pusingan kelayakan Olimpik baru-baru ini. Pihak yang berkenaan haruslah mengambil inisiatif yang berkesan bagi meningkatkan mutu sukan negara dan seterusnya memartabatkan nama Malaysia di pentas dunia.

Antara langkah untuk meningkatkan kualiti sukan negara adalah dengan memberi insentif kepada atlet yang memenangi sesuatu pertandingan.Hal ini berlaku demikian kerana ganjaran yang diberikan kepada atlet negara tidak setimpal dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka. Dengan ini, pemain dan atlet yang diberikan insentif tadi akan lebih bersemangat untuk menempa kejayaan untuk negara. Tamsilnya, Majlis Sukan Negara boleh menganugerahkan hartanah, wang atau saham kepada kepada mereka yang berjaya. Selagi tiada insentif diberikan kepada mereka, sudah pasti hasrat untuk melonjakkan mutu sukan negara akan terbantut.

Selain itu, bilangan jurulatih yang berkaliber hendaklah ditambah.Hal ini kerana kebanyakan jurulatih yang sedia ada tidak menunjukkan komitmen yang yang tinggi dan kurang berpengalaman dalam melatih atlet. Dengan penambahan jurulatih yang berkaliber, atlet-atlet akan menjadi lebih mahir dalam bidang sukan yang diceburi oleh mereka. Sebagai contoh, Misbun Sidek merupakan seorang jurulatih yang berkaliber kerana telah melahirkan jaguh dunia dalam sukan badminton seperti Datuk Lee Chong Wei. Jelaslah bahawa mutu sukan negara akan terus merosot sekiranya bilangan jurulatih yang berkaliber tidak ditambah.

Langkah seterusnya adalah dengan menaik taraf prasarana sukan di seluruh negara terutama di kawasan luar bandar. Hal ini berlaku demikian kerana pada masa sekarang kemudahan prasarana sukan kurang disediakan di kawasan tersebut. Prasarana sukan yang lengkap dapat membantu atlet berlatih dengan selesa dan efektif serta dapat mencungkil bakat dari kawasan tersebut. Sebagai contoh, kemudahan sukan seperti gimnasium, kolam renang, stadium dan sebagainya tidak disediakan di kawasan luar bandar. Selagi kemudahan sukan tidak disediakan secara menyeluruh di semua kawasan, selagi itulah isu ini akan terus berlanjutan tanpa penyelesaian yang konkrit.

Konklusinya, pelbagai usaha dapat dilakukan bagi mengatasi masalah kemerosotan mutu sukan negara. Sehubungan dengan itu, para atlet haruslah meningkatkan disiplin diri dan bermotivasi tinggi semasa sesi latihan dijalankan. Jika semua pihak berganding bahu untuk menangani masalah ini, sudah tentu kualiti sukan negara akan dapat ditingkatkan.Jelaslah bahawa usaha yang proaktif perlu diambil segera demi meningkatkan mutu sukan negara.

350 patah perkataan

Hasil penulisan pelajar-pelajar 3 Cempaka 2008

33 ulasan:

  1. saya ingin tahu karangan tentang sukan

    BalasPadam
  2. xde tajuk pon...tpi bagus sgt la..

    BalasPadam
  3. bagus karangan nie!

    BalasPadam
  4. karangan bila nie,?nampak cam baru tulis tapi ada statement 2008 ,dan sungguh menariiiiiiiiik skali

    BalasPadam
  5. ora nk copy pon xleh utk homework la

    BalasPadam
  6. can i copy? i need this in writing my essay

    BalasPadam
  7. x dpt copy la...

    BalasPadam
  8. saya na minx izin utk copy essay ni sbb nk buat rjukn utk krgn rgsgn bolehhhhhh?

    BalasPadam
  9. askm tua sya nak salin blh x

    BalasPadam
  10. wahhh.hebat karangan nii..

    BalasPadam
  11. copy and pase lah...

    BalasPadam
  12. kooooolnya karangan ni

    BalasPadam
  13. may i copy?please

    BalasPadam
  14. copylah..ianya untuk belajar

    BalasPadam
  15. kedekut ah , orang nak copy untuk jadi contoh karangan .

    BalasPadam
  16. WOIH PERHATIAN..KORANG NK COPY NIH SNANG SANGAT..PENULIS BLOG NI KURANG PENGETAHUAN TNTANG IT..X MCM AKU...
    First korang tkan Ctrl + U
    akan keluar 1 jnis bnda yg dipanggil script HTML..hanya untuk hacker2..and then..
    korang tkan Ctrl + F
    tulis perkataan yg korang nk cari dalam kotak tu...so die akan kasi smua skali..
    jadi korang copy jew la..and buang la simbol2 plik tu ok...hope enjoy...jangan kedekut dngan ilmu...ilmu harus dikongsi bkan untuk di pendam shingga mati..naauzubillah...

    BalasPadam
  17. Kebelakangan ini, kemerosotan mutu sukan negara sering diperkatakan. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini.
    Kebelakangan ini, kemerosotan mutu sukan negara sering menjadi tajuk berita dalam media massa. Kemerosotan mutu sukan negara amat ketara dalam sukan permainan dan juga olahraga. Hal ini dapat dilihat apabila pasukan bola sepak Malaysia kecundang dalam pusingan kelayakan Olimpik baru-baru ini. Pihak yang berkenaan haruslah mengambil inisiatif yang berkesan bagi meningkatkan mutu sukan negara dan seterusnya memartabatkan nama Malaysia di pentas dunia.
    Antara langkah untuk meningkatkan kualiti sukan negara adalah dengan memberi insentif kepada atlet yang memenangi sesuatu pertandingan.Hal ini berlaku demikian kerana ganjaran yang diberikan kepada atlet negara tidak setimpal dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka. Dengan ini, pemain dan atlet yang diberikan insentif tadi akan lebih bersemangat untuk menempa kejayaan untuk negara. Tamsilnya, Majlis Sukan Negara boleh menganugerahkan hartanah, wang atau saham kepada kepada mereka yang berjaya. Selagi tiada insentif diberikan kepada mereka, sudah pasti hasrat untuk melonjakkan mutu sukan negara akan terbantut
    Selain itu, bilangan jurulatih yang berkaliber hendaklah ditambah.Hal ini kerana kebanyakan jurulatih yang sedia ada tidak menunjukkan komitmen yang yang tinggi dan kurang berpengalaman dalam melatih atlet. Dengan penambahan jurulatih yang berkaliber, atlet-atlet akan menjadi lebih mahir dalam bidang sukan yang diceburi oleh mereka. Sebagai contoh, Misbun Sidek merupakan seorang jurulatih yang berkaliber kerana telah melahirkan jaguh dunia dalam sukan badminton seperti Datuk Lee Chong Wei. Jelaslah bahawa mutu sukan negara akan terus merosot sekiranya bilangan jurulatih yang berkaliber tidak ditambah.
    Langkah seterusnya adalah dengan menaik taraf prasarana sukan di seluruh negara terutama di kawasan luar bandar. Hal ini berlaku demikian kerana pada masa sekarang kemudahan prasarana sukan kurang disediakan di kawasan tersebut. Prasarana sukan yang lengkap dapat membantu atlet berlatih dengan selesa dan efektif serta dapat mencungkil bakat dari kawasan tersebut. Sebagai contoh, kemudahan sukan seperti gimnasium, kolam renang, stadium dan sebagainya tidak disediakan di kawasan luar bandar. Selagi kemudahan sukan tidak disediakan secara menyeluruh di semua kawasan, selagi itulah isu ini akan terus berlanjutan tanpa penyelesaian yang konkrit.
    Konklusinya, pelbagai usaha dapat dilakukan bagi mengatasi masalah kemerosotan mutu sukan negara. Sehubungan dengan itu, para atlet haruslah meningkatkan disiplin diri dan bermotivasi tinggi semasa sesi latihan dijalankan. Jika semua pihak berganding bahu untuk menangani masalah ini, sudah tentu kualiti sukan negara akan dapat ditingkatkan.Jelaslah bahawa usaha yang proaktif perlu diambil segera demi meningkatkan mutu sukan negara

    BalasPadam
  18. Terima kasih cikgu untuk karangan ini! =)

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  20. how to copy this? log in masuk - tekan catatan e mel (symbol sampul surat yang bawah karangan) - then lepas klik scrooooll bawah.
    selamat mencoba coba. hehe

    BalasPadam
  21. thank you very much :)

    BalasPadam
  22. maaf...saya mita izin untuk copy,boleh?

    BalasPadam
  23. Terima kasih untuk karangan anda kerana ia bantu saya untuk buat huraian.,🥰🥰🥰

    BalasPadam