Selasa, 21 Julai 2009

CONTOH 10-KARANGAN PENDAPAT

Masa amat berharga. Berikan pendapat anda tentang aktiviti yang dapat dilakukan pada masa lapang.

Kita akan dilanda kebosanan sekiranya kita tidak mempunyai sebarang aktiviti untuk dilakukan pada masa lapang. Sebenarnya, terdapat pelbagai aktiviti yang bermanfaat yang dapat kita lakukan untuk memenuhi masa yang terluang. Hal ini terjadi kerana sesetengah individu tidak pandai mencari aktiviti yang sesuai dengan mereka. Justeru, kita seharusnya melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah agar masa yang berharga itu tidak disia-siakan begitu sahaja.

Antara aktiviti yang dapat dilakukan pada masa lapang ialah kita boleh membaca, melayari internet, bersukan dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti sebegini akan dapat memberikan kepuasan kepada diri kita kerana kita akan memperoleh keseronokan jika melakukannya. Dengan ini, kita akan dapat mendisiplinkan diri kita kerana untuk melakukan aktiviti tersebut kita perlu pandai menguruskan masa dengan baik. Tamsilnya, aktiviti seperti membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan sekaligus dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Rentetan hal ini, kita hendaklah menggunakan masa lapang itu dengan sebaik-baiknya.Persis kata mutiara ‘Masa itu emas’.

Selain itu, kita juga boleh memilih aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.Hal ini berlaku demikian kerana apabila kita bersama-sama dengan keluarga, kita akan dapat melakukan pelbagai aktiviti secara bersama. Justeru, setiap ahli keluarga akan lebih saling memahami antara satu sama lain dan akan dapat menambahkan rasa kecintaan dalam diri masing-masing. Sebagai contoh, kita sekeluarga boleh bercuti di tempat-tempat menarik apabila tiba musim cuti sekolah ataupun beriadah bersama-sama pada hujung minggu.Jelaslah bahawa dengan melakukan aktiviti sebegini, kita akan dapat manfaat yang berganda, bak kata pepatah ‘Sambil menyelam minum air’.

Seterusnya,kegiatan yang kita lakukan pada masa lapang seharusnya dapat memupuk semangat kejiranan yang tinggi dalam komuniti tempat tinggal kita.Hal ini berlaku demikian kerana pada masa sekarang hubungan kejiranan agak longgar kerana sibuk dengan kehidupan masing-masing. Sehubungan dengan itu, hubungan mereka akan bertambah erat sekiranya aktiviti yang berbentuk kemasyarakatan dijalankan di tempat tinggal kita.Tamsilnya, program gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran boleh diadakan sebulan sekali apabila penduduknya mempunyai masa yang terluang.Sekiranya akitiviti ini berjaya dijalankan, sudah tentu masa yang terluang dapat dimanfaatkan secara lebih efektif dan menguntungkan semua pihak.

Sebagai kesimpulan, kita perlulah pandai menggunakan masa lapang yang kita ada dengan sebaik mungkin. Pelbagai aktivti dapat dilakukan bersesuaian dengan masa dan tempat kita berada. Tambahan pula, aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seharusnya dapat memberikan impak yang positif kepada kehidupan kita. Sesungguhnya, kita mestilah menghargai masa yang telah dianugerahkan kepada kita kerana masa tidak dapat diundurkan kembali.

350 patah perkataan

Hasil penulisan pelajar-pelajar 3 Anggerik 2009

32 ulasan:

  1. booo... x bagus pun arangan ni.. uwekss..

    BalasPadam
    Balasan
    1. oi kalau karangan ni x best asal ko nak bukak blog ni cam sengal do!!!! BAH!

      Padam
  2. bolek tak saya menyalinnya?? saya cuma nak isi-isi nya shaja :))
    karangan yang terbaikklahh ..

    BalasPadam
  3. bolen x nk menyalinnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh sebab sye pon nak salin ^_^

      Padam
  4. karangan nya hwuu! TERBAIK! nak salin boleh????? :3

    BalasPadam
  5. terima kasih beri kita karangan yang baik.

    BalasPadam
  6. ada rangka karangan tak

    BalasPadam
  7. Boleh tak nak salin ? Karangan yang terbaik niey ..

    BalasPadam
  8. tak bagus langsung

    BalasPadam
  9. karangan yg teruk giler>>>>>>>>>>>>>>boring rasa>>>>>>>

    BalasPadam
  10. panjangnya tak tahu terok ke x?//

    BalasPadam
  11. Hei,jangan kurang ajar boleh x???

    BalasPadam
  12. Saya nak minta izin ni saya salin tau :)

    BalasPadam
  13. Salin pi la..nak mintak permission buat pa

    BalasPadam
  14. Bitch sapa yang cakp teruk tu.. last 2 klu korng tkde idea korng tiru jugk kan.. alleast dia ad idea k buatt dripda korng tk de idea lngsung ..
    Sincerely cikgu ain

    BalasPadam
  15. bolehkah saya menyalin ini untuk lisan bm terima kasih

    BalasPadam
  16. izinkan saya menyalin okey ...

    BalasPadam
  17. saya nk save blh tk

    BalasPadam
  18. saya nak salin blh tak?

    BalasPadam
  19. aku tidak tahu nk kata apa minta maaf ya

    BalasPadam