Khamis, 30 Julai 2009

CONTOH 15-KARANGAN PENDAPAT

Masyarakat mempunyai peranan penting menangani pelbagai gejala negatif dalam kalangan masyarakat. Berikan pendapat anda.

Marcapada, pelbagai gejala negatif kerap terjadi dalam kalangan masyarakat di negara kita. Perkara yang menimbulkan kemusykilan kepada kita adalah mengapakah perkara ini semakin kerap terjadi? Apakah faktor yang menyebabkan masyarakat negara kita yang dahulunya terkenal dengan nilai berbudi bahasa dan bersopan santun berubah sebaliknya? Segala persoalan yang timbul dalam benak fikiran kita seolah-olah tiada jawapannya. Apakah langkah yang perlu diambil oleh masyarakat bagi menangani gejala negatif yang berlaku dalam kelompok mereka ini?

Antara langkah untuk mengatasi pelbagai gejala negatif dalam masyarakat pada hari ini adalah dengan melalui keprihatinan masyarakat setempat terhadap perkara ini.Hal ini berlaku demikian kerana sikap sebegini akan menyebabkan mereka yang mahu melakukan gejala negatif ini akan berasa takut untuk melakukannya di kawasan tempat tinggal mereka.Lantaran itu, gejala-gejala negatif seperti berlumba motor secara haram, vandalisme, melepak dan sebagainya akan dapat dikawal.Tamsilnya, program Rukun Tetangga yang dilaksanakan oleh komuniti setempat akan dapat mengurangkan gejala ini daripada terus berlaku. Oleh itu, sikap cakna masyarakat setempat amat penting dalam menangani isu ini.

Di samping itu, masyarakat setempat boleh mengadakan program bermanfaat khusus untuk golongan remaja dan belia di kawasan tempat tinggal mereka. Hal ini berlaku demikian kerana dengan mengadakan aktiviti seperti ini akan dapat mengisi masa senggang yang ada dengan kegiatan yang berfaedah untuk mereka.Dengan ini, mereka akan tiada masa untuk membuat perkara-perkara yang negatif. Tamsilnya, aktiviti seperti pertandingan ‘futsal’ pada hujung minggu akan dapat memenuhi masa senggang mereka di samping menyihatkan tubuh badan. Lantaran itu, terbuktilah bahawa aktiviti-aktiviti berfaedah akan dapat mengalihkan perhatian golongan ini daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat.

Seterusnya, penganjuran kempen kesedaran secara bersepadu oleh agensi-agensi kerajaan juga boleh membantu menangani isu ini. Hal ini berlaku demikian kerana golongan yang melakukan gejala negatif ini mungkin tidak menyedari kesan negatif atas perlakuan mereka selama ini.Sehubungan dengan ini, mereka mungkin akan menyesali salah laku masa lalu mereka. Tamsilnya, pihak berkuasa boleh memberi penerangan tentang hukuman-hukuman yang bakal diterima oleh mereka yang melakukan perbuatan yang negatif ini.Benarlah bahawa melalui kempen yang bersepadu pelbagai gejala negatif akan dapat dikurangkan dalam kalangan masyarakat.

Konklusinya, jelaslah bahawa pelbagai gejala negatif dalam kalangan masyarakat dapat diatasi sekiranya langkah dan kaedah yang betul dilaksanakan. Oleh itu, setiap anggota masyarakat perlulah memainkan peranan masing-masing dalam membanteras gejala yang tidak sihat ini. Dengan ini, segala masalah yang dihadapi oleh komuniti setempat akan dapat diatasi dengan cara yang lebih berkesan. Sesungguhnya benarlah kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

380 patah perkataan

Hasil penulisan pelajar 3 Anggerik 2009

26 ulasan:

  1. salam..
    nak salin bole??

    BalasPadam
  2. salam..thnx 4 the info..
    plez praY 4 my pre-trial pmr this monday!!

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. salam boleh salin~~nak belajarlah~~

    BalasPadam
  5. nak salin boleh ?

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. SAlam nak salin boleh? nak belajar. 正人君子 cavalheiro pmr datang

    BalasPadam
  8. mintak copy isinya ya...

    BalasPadam
  9. Karangan yg mantap...Mintak2 doa kanlah sy cemerlang dlm PMR pada tahun akhir PMR ini..Amin !!

    BalasPadam
  10. contoh karangan pndapat tajuk media massa dalam kalangan masyarakat ada x ?? tolong lha saye ~

    BalasPadam
  11. sye nak copy krngan nie boley,..

    BalasPadam
  12. boleh x saya salin karangan ini untuk ulangkaji saya.
    nampaknya karangan yg saya boleh score daripd cikgu saya

    BalasPadam
  13. azam syg farisha..<3

    BalasPadam
  14. ashraf 1kaa sayang imy n azila 4ever

    BalasPadam
  15. nak salin boleh

    BalasPadam
  16. Saya salin ye ,

    BalasPadam
  17. saya mahu salin boleh tak

    BalasPadam
  18. Soalan bocor PT3
    boleh salin ker?
    Jwpn:
    Boleh ler

    BalasPadam