Selasa, 28 Julai 2009

CONTOH 14-KARANGAN PENDAPAT

Dunia sekarang dilanda dengan pelbagai jenis penyakit berjangkit. Bincangkan cara-cara untuk menghalangnya daripada terus merebak dalam kalangan masyrakat di negara kita ini.

Baru-baru ini, sarwajagat telah digemparkan dengan krisis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut. Malah, penyakit berjangkit boleh merebak melalui sistem pernafasan seperti air liur, bersin dan lain-lain.Sebagai contoh, antara penyakit berjangkit yang ditakuti ialah H1N1, SARS,JE dan sebagainya.Justeru, pelbagai alternatif perlu diambil bagi mencegah penyakit berjangkit ini daripada terus merebak dalam kalangan rakyat di negara ini.

Antara langkah bagi menangani penyakit berjangkit ini daripada bertambah kronik adalah dengan memastikan kebersihan diri kita sentiasa terjaga. Hal ini berlaku demikian kerana sesetengah wabak penyakit dapat berjangkit secara tidak langsung iaitu melalui sentuhan, memegang atau menggunakan sebarang peralatan yang pernah digunakan oleh individu yang telah dijangkiti penyakit tersebut. Dengan ini, kita akan terhindar daripada dijangkiti oleh penyakit berbahaya tersebut.Sebagai contoh, kita perlulah menggunakan sabun semasa membasuh tangan kita sebelum makan.Oleh yang demikian, langkah ini perlu diamalkan oleh semua orang bagi menghindari serta melindungi diri mereka daripada dijangkiti sebarang penyakit berjangkit.

Selain itu, kita juga perlu mengelakkan diri daripada mengunjungi tempat-tempat awam sekiranya tiada urusan penting. Hal ini berlaku demikian kerana sesetengah penyakit berjangkit seperti H1N1(Selesema Babi) boleh merebak melalui pernafasan. Sehubungan dengan itu, risiko untuk seseorang itu dijangkiti wabak berjangkit adalah minimum. Sebagai contoh, tempat-tempat yang perlu dielakkan ialah pusat membeli belah, taman-taman permainan dan sebagainya. Justeru, menjauhi tempat-tempat awam merupakan pilihan yang tepat bagi mengelakkan penyakit berjangkit daripada mengancam nyawa kita.

Seterusnya, kerajaan juga boleh menangani musibah ini dengan menyekat kemasukan para wisatawan yang disyaki dijangkiti penyakit berjangkit. Hal ini kerana para wisatawan dari negara luar yang datang ke negara ini boleh menjadi faktor utama yang menyebarkan virus penyakit berjangkit ini. Justeru, penyebaran penyakit ini akan dapat serba sedikit dikurangkan. Tamsilnya, pihak berkuasa yang menjaga pintu masuk lapangan terbang kita hendaklah mengetatkan lagi pemeriksaan kesihatan ke atas para wisatawan ini. Intihanya, kerjasama daripada mereka dapat membantu mengurangkan penyakit ini daripada terus menular ke negara kita.

Konklusinya, dapatlah dirumuskan bahawa pelbagai langkah perlu diambil oleh semua lapisan masyarakat bagi mencegah penularan penyakit berjangkit ini. Selain itu,kita hendaklah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Gaya hidup yang sihat akan melahirkan tubuh yang sihat yang mampu melawan penyakit berjangkit.Sesungguhnya, mencegah itu lebih baik daripada merawat dan janganlah kita menyesal apabila kita telah disahkan menghidapi penyakit berjangkit disebabkan kecuaian kita kerana ‘Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’.

370 patah perkataan

Hasil penulisan Nur Amalina dan Liyana Onn 3 Anggerik 2009

75 ulasan:

  1. salam~saya nak tau panjang patah perkataan bagi karangan berbentuk pendapat utk pelajar tingkatan2.tq :)

    BalasPadam
  2. bukankah sesebuah karangan perlu ada 6 perenggan..tetapi kenapa ini hanya ada 5?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..btul 2..karangan mesti ada 6 perenggan..ini hanya 5 dan dalam setiap karangan pendapat mestilah ada kesan-kesannya..ini kenapa tak ada pun ??

      Padam
    2. Apa yang salah? karangan ini ada pendahuluan-1 perenggan, isi-3 perenggan, dan penutup-1 perenggan, isi minimum kan 3..apedaa

      Padam
    3. Study study xD

      Padam
  3. nak mntak copy bole?

    BalasPadam
  4. Ape tajuk karangan ni? pelik la !!!

    BalasPadam
  5. nk copy leh x??? nk uat contoh karangan...

    BalasPadam
  6. saya nk mta benaran nk copy krngn ini.nk buat cnth

    BalasPadam
  7. saya nk mta kbenaran nk copy krngan ini. Nk buat rujukan.

    BalasPadam
  8. saya nak minta kebenaran utk copy krngn ini.

    BalasPadam
  9. saya ingn mmhon kbnaran utk copy krngn ni.

    BalasPadam
  10. saya minta kebenaran untuk copy karangan ini

    BalasPadam
  11. saya minta kebenaran nak salin karangan nie boleh?nak buat contoh karangan

    BalasPadam
  12. bang... bang.. nape cntoh karangan stpm xde..nak bace karangan abang ni.. he he.. boleh ke..

    BalasPadam
  13. mnta kbenaran tuk copy2

    BalasPadam
  14. minta kebenaran untuk menyalin

    BalasPadam
  15. minta izin untuk salin karangan ni.untuk rujukan exam esok.terima kasih

    BalasPadam
  16. minta izin utk salin karangan ni.sebagai rujukan..terima kasih..

    BalasPadam
  17. saya nak copy paste isi2 yang ada dalam karangan niey untuk dijadikan panduan dalam karangan saya :)

    BalasPadam
  18. saya nak minta copy karangan ini untuk contoh

    BalasPadam
  19. krgn manx tebaexx lhaa ..
    sy manx mnad wd krgn !!!
    h0pe ad cnth krgn yunxx lagy tebaexx lg sbgaii cnth untx sy rujukk..
    -thanks-

    BalasPadam
  20. den pon nx copy la

    BalasPadam
  21. nak copy karangan dlm nie bleh tak??? saya nak jdi kan contoh supaya sya bleh rujuk sblum PMR tahun nie nanti??

    BalasPadam
  22. assalamualaikum.....izinkan saya copy karangan ini ye..

    BalasPadam
  23. nak copy juga...boleh copy and paste ke tidak?malasnya salin ni

    BalasPadam
  24. salin dan nak cop ...

    BalasPadam
  25. boleh saya minta kebenaran untuk menyalinnya

    BalasPadam
  26. boleh saya copy dan paste untuk karangan ini pleaseeeeeee

    BalasPadam
  27. boleh kah saya menyalin karangan ini.ia sangat berguna untuk kerja rumah sya .pls

    BalasPadam
  28. blh sya nak copy karangan nie untuk public speaking saya

    BalasPadam
  29. assalamualaikum , nak minta tolong boleh ? tolong sediakan karangan pendapat , bagaimanakah ibu bapa boleh memainkan peranan agar kanak-kanak tidak terpengaruh oleh babak-babak ganas di televisyen ? minta tolong ye , shukran jazilann :)

    BalasPadam
  30. minta kebenaran nk copy karangan ini..trima kasih

    BalasPadam
  31. minta kbenaran copy krgn ini ..

    BalasPadam
  32. Saya nak minta kebenaran copy, boleh?

    BalasPadam
  33. sedap je nk copy,,,,,Contoh Karangan SPM Peranan Keluarga Dalam Pembentukan Sahsiah Anak-an

    BalasPadam
  34. nak copy boleh............pls.............

    BalasPadam
  35. Woww...banyaknya...terbaekkk.....nk salen yerp....

    BalasPadam
  36. minta izin copy ye..untuk mengajar anak-anak murid

    BalasPadam
  37. assalam nk copy boleh tak utk rujukan

    BalasPadam
  38. minta izin untuk copy..

    BalasPadam
  39. saye nk copy boleh....thanks


    BalasPadam
  40. ader kosa kata menarik baik ah

    BalasPadam
  41. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  42. panjang sangat
    pendek kan boleh
    nk salin lmbat

    BalasPadam
  43. jngn copy susah nti...

    BalasPadam
  44. hi sya nak copy jga. bleh tak????tq

    BalasPadam
  45. mohon copy karangan kamu, terima kasih

    BalasPadam
  46. saya mahu minta kebenaran copy karangan tuan yang bijaksana

    BalasPadam
  47. Minta kebenaran utk print supaya boleh jadi karangan cth

    BalasPadam