Isnin, 27 Julai 2009

KESALAHAN TATABAHASA DALAM PENULISAN

1)KESALAHAN HURUF BESAR

Nama Khas
azmi – Azmi
ipoh – Ipoh

Permulaan ayat
di samping itu – Di samping itu…..

2)KESALAHAN KATA GANTI DIRI

ianya sepatutnya ia atau nya sahaja
ia tidak boleh digunakan selain daripada manusia dan benda bernyawa
beliau sepatutnya digunakan untuk orang-orang tertentu sahaja

3)KESALAHAN IMBUHAN

memperbesarkan sepatutnya memperbesar
mengguna sepatutnya menggunakan
mengunakan sepatutnya menggunakan
kebahagian sepatutnya kebahagiaan
kebanyakkan sepatutnya kebanyakan
Menunjukan sepatutnya menunjukkan

4)KESALAHAN KATA SENDI / FRASA SENDI

diPerlis sepatutnya di Perlis
keIpoh sepatutnya ke Ipoh
Di zaman ini…sepatutnya Pada zaman ini..
Pada masa kini sepatutnya Pada masa ini
Nasihat dari ibu bapa sepatutnya Nasihat daripada ibu bapa

5)KESALAHAN ANGKA 2

Rumah2 sepatutnya rumah-rumah

6)KESALAHAN KATA MAJMUK

ibubapa sepatutnya ibu bapa
ibu-bapa sepatutnya ibu bapa
kadang kala sepatutnya kadangkala
kadang-kala sepatutnya kadangkala
sampah-sarap sepatutnya sampah sarap
bukit-bukau sepatutnya bukit bukau

7)KESALAHAN KATA SINGKATAN

spt – seperti
yg – yang
utk –untuk
tdk – tidak
drp – daripada
kpd - kepada
Sept - September

8)KESALAHAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS

May – Mei
July – Julai
Bag – beg
satay – sate

9)KESALAHAN BENTUK JAMAK

Semua guru-guru sepatutnya semua guru
Berbagai sepatutnya berbagai-bagai atau pelbagai
Banyak tempat-tempat sepatutnya Banyak tempat
Antara keistimewaan-keistimewaan sepatutnya Antara keistimewaan

10)KESALAHAN HUKUM DM

plastik beg sepatutnya beg plastik
Pak Mat Tempe Restoran sepatutnya Restoran Pak Mat Tempe
lain-lain hal sepatutnya hal-hal lain

11)KESALAHAN EJAAN

definasi sepatutnya definisi
tengahari sepatutnya tengah hari

12)KESALAHAN PENANDA WACANA

Justeru itu………(salah)
Justeru,…(betul)

Jadi,…(salah)
Oleh itu,…(betul)

Oleh kerana…(salah)
Oleh sebab…(betul)

Tambahan lagi…(salah)
Tambahan pula…(betul)

Ini kerana.....(salah)
Hal ini kerana.......(betul)

7 ulasan:

  1. Kerajaan melalui Kementeri Belia dan Sukan,telah berusaha menjadikan sukan sebagai suatu kegiatan yang bermanafaat demi meningkatkan tahap kesihatan rakyat negara ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apakah kesalahan tatabahasa ulasan diatasnya?

      Padam
  2. Kementeri, bermanafaat

    BalasPadam
  3. yang terkandung dalam surat kelulusan atau yang terkandung di dalam surat kelulusan. Yang mana betul.

    BalasPadam
  4. yang terkandung dalam surat kelulusan. itulah ayat yang betul.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, Saya amat tertarik dengan fakta yang terang dan jelas tentang topik ini. Boleh tidak saya mengambil bahan tuan utk melengkapkan tugasan saya.

    BalasPadam
  6. Salam..Mohon izin untuk berkongsi penerangan ini.
    Terima Kasih.

    BalasPadam