Selasa, 7 Julai 2009

Lawak Bilik Guru

Setelah selesai mesyuarat yang hampir tiga jam lamanya, dua orang guru sedang berbual tentang pelajar masing-masing.

Guru A:Teruk ya.Saya naik risaulah apabila pengetua beritahu yang ada pelajar kita yang tak reti membaca, menulis apatah lagi mengira.Pelajar saya ada seorang yang macam tu.Kelas hujung. Tulah ....Sekarang ni pelajar yang tak lulus pun boleh naik tingkatan 4, tu yang jadi macam tu.Risau betul..

Guru B: Alah..apa nak dihairankan.Yang lebih merisaukan saya ni, ada pelajar saya, baca Yasin pun merangkak.Aduh..ni dah kira teruk betul ni.Bab-bab agama ni saya risau betul.

Guru A: Alah tu tak hairan.Pelajar saya lagi teruk.Jawi pun tak kenal.Huruf Alif sampai Ya pun tak pernah baca...

Guru B: Astaghfirullah. ...Siapa tu?Budak ni perlu diberi perhatian ni(dengan nada yang serius)....

Guru A: Nama pelajar saya "Phua Chu Kang".He..he...

Keesokan paginya Guru A terpaksa ambil MC dua hari kerana luka di kepala akibat hentakan kesan balingan kerusi..

Pengajarannya: Kalau hendak membuat lawak, pastikan orang yang mendengar itu tahan dengan gurauan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan